Apabila
menonton kembali filem ever-green “Ibu Mertuaku” lakonan Mak Dara yang
diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kita diberi persepsi
seolah-olah itulah wajah realiti ibu mertua dalam kehidupan di alam
nyata.
Watak ibu mertua yang dipaparkan itu hanyalah
sebahagian daripada ciri-ciri keterlaluan yang mungkin wujud tetapi jika
benar-benar berlaku ia mungkin hanyalah satu “isolated case”.
Dalam
banyak siri ceramah komunikasi yang saya berikan, saya sering mengusik
peserta muslimah yang menjadi audien saya tenteng persepsi mereka
tentang ibu mertua.
Saya sengaja tanyakan berapakah di
kalangan mereka yang tinggal sebumbung dengan ibu mertua, ternyata hanya
ada dua atau tiga orang sahaja.
Ada yang berterus terang
“lecehlah tiinggal dengan ibu mertua,” dan saya membiarkan mereka
meluahkan perasaan dan pendapat mereka.
Ada yang mengatakan,”ibu mertua saya baik, saya sangat sayang dengannya”.
Ternyata apabila ditanyakan kepada peserta lelaki ramai yang berkata mereka tidak mempunyai banyak masalah untuk tinggal bersama dengan ibu mertua.
Ternyata apabila ditanyakan kepada peserta lelaki ramai yang berkata mereka tidak mempunyai banyak masalah untuk tinggal bersama dengan ibu mertua.
Ada
juga ibu-ibu tunggal yang mempunyai ramai menantu tetapi memilih untuk
melalui kehidupan senja bersendirian tanpa gangguan hilaian dan tangisan
cucu.
Kenapa ada muslimah yang kurang selesa untuk
bertemankan ibu mertua mungkin justeru sikap ibu mertua itu sendiri yang
kurang memberikan ruang komunikasi yang positif.
Kadang-kadang
terdapat ibu mertua yang mempunyai tanggapan yang sudah “pre-conceived”
terhadap menantu perempuan atau mungkin kurang berkenan sejak anak dan
menatunya diijabkabulkan lagi.
Jika ibu mertua
sudah jijik terhadap menantu, (dalam kes filem “Ibu Mertuaku” menantu
lelaki), maka elemen ketegangan seperti itu perlu kepada bedah siasat
kepada punca-puncanya.
Sekiranya terdapat komunikasi yang
kurang sihat di antara ibu mertua dan menantu, maka sebagai menantu
perlulah dicari jalan bagimana untuk menambat hati ibu mertua.
Saya
tinggal bersama ibu mertua selama 20 tahun sehingga beliau
menghembuskan nafasnya yang terakhir dan sempat dikelilingi oleh
anak-anak saya yang membacakan ayat-ayat Al-Quran.
Apabila pulang dari kerja sekitar jam 6.30 petang saya akan menegurnya dan saya akan bertanya, “emak dah sembahyang?”
Tentulah
pada saat itu lazimnya ibu mertua saya sudah menunaikan solat, tetapi
itulah bentuk komunikasi saya sebagai pemanis untuk menegur ibu mertua
saya.
Memang lelaki jarang punya masa untuk bermesra
lama-lama dengan ibu mertua justeru banyak masa yang digunakan di luar
rumah kerana urusan berkerja dan sebagainya.
Bagi suri
rumah yang tidak berkerja sudah tentu masa di rumah akan dikongsi
bersama dengan ibu mertua dan perhubungan itu perlu dijalin sebaik
sahaja tinggal bersama.
Apakah yang menjadi daya tarikan
ibu mertua lebih menyayangi menantu daripada anak sendiri adalah
bertitik tolak daripada penampilan menantu itu sendiri.
Untuk
menjadi muslimah yang ideal yang disayangi tentunya tempatnya di dapur
dan di samping melayani suami isteri yang ditemani ibu mertua perlu
prihatin dengan citarasa dan selera ibu mertua.
Tanamkan dalam minda bahawa apabila kita mengahwini seseorang kita sebenarnya mengahwini seluruh keluarganya.
Ibu
bapa yang yang telah membesarkan kita hendalah dihoramati dan begitu
jugalah dengan ibu dan mertua yang tidak lagi membatalkan air
sembahyang.
Walaupun ajal dan maut di tangan Allah,
kemungkinan usia ibu atau bapa mertua yang tinggal yang sebumbung dengan
kita tidak akan lama.
Maka sewajarnya kita menyantuni
mereka, dan ini akan menjadi tontonan kepada anak-anak kita agar apabila
mereka dewasa nanti mereka tidak mensia-siakan kedua ibu bapa.
Komunikasi
itu bukan sahaja berbentuk verbal tetapi segala tindak tanduk kita
janganlah membayangkan sebarang konfrantasi terhadap mertua.
Wajah
yang manis itu perlu diukir dan keikhlasan itu bukanlaah dalam bentuk
ucapan semata-mata tetapi lahir daripada rasa hormat kerana siapalah
tanpa kedua ibu bapa.
Lirik lagu Allahyarham R. Azmi “ayah
dan ibu, ayah dan ibu, engkaulah permulaan kami, dapat melihat bulan
dan matahari”, kemudian dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji
Arshad perlu dihayati.
No comments:
Post a Comment